Kajian: Makan Laju Boleh Bahayakan Kesihatan Jantung Dan Kegemukan

Ramai diantara kita sudah terbiasa untuk makan dengan cara yang laju kerana ada yang mengejar masa dan ada juga sebab sudah menjadi tabiat sejak azali. Dari artikel Wanista sebelum ini ’10 Angkara Perut Tak Kempis Walau Bersenam 100 Tahun’, makan secara laju juga penyebab masalah perut buncit. Walaupun kedengaran agak biasa dan tidak ada kena mengena tentang kesihatan tapi jangan terkejut, cara makan seseorang itu dapat mengukur tahap risiko penyakit jantung, strok dan diabetes.
Kesan makan laju?

Kesan dari sikap makan laju boleh beri ketidakseimbangan gula dalam darah, dimana ia boleh mengelirukan pengeluaran insulin. Kemudian sel menghadapi masalah untuk menyerap glukos. Badan mengeluarkan lebih banyak insulin daripada penyerapan. Proses ini menyebabkan masalah diabetes dan jantung.

Ubah cara makan anda, lagipun makan laju-laju tidak senonoh dan nampak gelojoh sangat. Hmmm…

Add Comment