ASUH Mudahnya Berkhatan Anak Lelaki Ketika Bayi, Ini Kelebihannya Yang Ibubapa Perlu Ambil Tahu!

“Adik tak nak sunat, adik takut lah!”
“Haih, silap aku tak sunatkan anak lelaki aku ni semasa bayi, kan senang”
Apabila anak lelaki sudah mencapai umur dalam lingkungan 6 tahun ke atas, pada masa inilah ramai dalam kalangan ibubapa yang akan menjalankan prosedur berkhatan. Bila nak pujuk anak supaya bersetuju tu, memang susahlah sebab terbayangkan prosedur berkhatan ini adalah sesuatu yang mengerikan! Jadi, lebih sesuai untuk khatankan anak lelaki semasa mereka bayi atau dah memang umur 6 tahun ke atas baru khatankan? Jom baca perkongsian ini!

MUDAHNYA KHATAN BAYI LELAKI !

Haritu ada yang pm tanya pengalaman saya khatankan Ahmad waktu usia dia 5 bulan. Harini baru siap entry. Actually usia 5 bulan tu dah terlewat sebab ada orang kata doctor tak terima kalau awal sangat. Haish. Tapi bila sampai klinik, doktor tanya ”kenapa lambat sangat hantar?”

Kita digalakkan bayi lelaki dikhatankan secepat yang mungkin selepas lahir. Ikut sunnah Nabi SAW, cucu baginda hassan dan hussin dikhatankan pada hari ke-7. Kebanyakkannya kita di Malaysia kalau nak sunatkan anak lelaki mesti tunggu dah besar. Tapi bukan di negara barat. Amalan ini dah popular di negara-negara barat, walhal mereka bukan Islam. Mereka tahu faedah besar amalan berkhatan ni. Di Amerika, bayi lelaki dikhatankan sejurus selepas lahir.
INI ANTARA TEKNIK-TEKNIKNYA :

i) Laser

ii) Smart Klamp
iii) Plastibel
iv) Tissue Glue
Ahmad khatan guna teknik kedua, clamping. Sehari lepas khatan pergi klinik semula untuk bukak. Lepas tu jaga macam biasa.

KENAPA SUNATKAN AHMAD AWAL ?

~ Of course sebab nak ikut sunnah, even tahu dah lewat.
~ Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia tua.
~ Kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas kebiasaannya lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan.
~ Proses penyembuhan bayi lebih cepat mengambil masa kira-kira 5-7 hari sahaja berbanding dengan kanak-kanak berusia 6 tahun keatas.
~ Proses berkhatan mudah sebab anak tak tahu pun dia tengah khatan. Doktor nak buat kerja pun senang. Sekejap je siap.
~ Proses penjagaan pun senang, tak banyak kerenah. Tak ada berpantang makan, cuma Ahmad kan breastfeed. So, umminya lah kene pantang sikit. Biasa je.
~ Lepas khatan Ahmad boleh meniarap macam biasa, mandi macam biasa, tak demam, lepas mandi just sapu krim.
~ Dalam masa 7 hari, Ahmad dah sembuh betul.
NOTA KAKI : Normal untuk 2-3 hari awal pampers dia akan ada kesan darah sikit sebab luka masih basah. Pampers anak wajib ditukar setiap 2 jam walaupun tak penuh untuk elakkan jangkitan dan kawasan luka menjadi lembap. Kalau penuh awal, lagi wajib tukar.
PERSEDIAAN SEBELUM & SEMASA KHATAN BAYI LELAKI.

SEBELUM,

1. Sebelum bawa anak berkhatan, make sure dia kenyang, cukup tidur, dah buang air besar & kecil.
2. Standby puting kalau ada.
SEMASA,

1. Ibu Ayah banyakkan selawat, nak suruh anak selawat dia tak pandai. Doa biar dimudahkan.
2. Ajak anak bertenang. Pasang zikir atau something yang menenangkan. Macam Ahmad, abuya dia ajak tawasul madad ya Rasulullah.
3. Kalau ada puting, suapkan biar dia hisap bagi khayal (suggested by doktor). Ahmad tak ada puting ganti jari kelinking maktok dia. Jari ummi halus doktor kata, takut dia tak nak.

NOTA KAKI : Bayi akan menangis masa doktor masuk ubat bius jadi ibu ayah jangan cepat panik. Bertenang dan cuba bermain dengan anak bagi dia rasa relaks saja.
**Prosedur lepas khatan, doktor suruh standby untuk bagi susu. Cara dukung bayi selepas berkhatan pula macam dalam gambar kat bawah ini. Bahagian kemaluan yang dikhatan kena menghadap ke depan supaya tak terkena kawasan luka. Pastikan anak pakai diaper yang sedikit longgar.
KOS DAN TEMPAT BERKHATAN BAYI LELAKI

Kami khatankan Ahmad di Klinik Kamal, Kg Pasir Johor Bahru. Dekat dengan Plaza Angsana. Highly recommended ! Doktor dia very fatherly dan nurse dia pun baik lemah lembut budi pekerti gitu. Doktor kamal terima bayi untuk dikhatankan dari usia dalam pantang. Boleh call dulu untuk buat appointment sebelum datang. Kos berkhatan teknik clamp RM200 siap ubat.
Jom ikut sunnah ! Sunnah tak pernah memudharatkan. InshaAllah, kita akan dapat lihat anak lebih matang dan lebih cerdik.
Selamat berkhatan kepada yang nak bawak anak berkhatan. Prosedur khatan bayi lelaki mudah je. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Add Comment